BM | EN | 中文

Geng Man Halil Waha di Kota Tinggi tumpas, 30 kes curi motosikal selesai

polis-jenayah.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 14 OGOS: Polis berjaya menumpaskan Geng Man Halil Waha yang dipercayai aktif mencuri motosikal di daerah ini dengan tertangkapnya empat lelaki tempatan dalam dua operasi berasingan di sini, pada 29 Julai dan 5 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata tangkapan pertama pada 29 Julai lepas melibatkan tiga suspek berusia antara 17 dan 32 tahun di Felda Bukit Waha manakala tangkapan kedua pada 5 Ogos lepas, melibatkan seorang lelaki berusia 17 tahun di Kota Kechil.

Katanya, kumpulan itu didapati aktif mencuri motosikal di sekitar kawasan perdagangan dan perumahan awam di sini dan turut terlibat dalam kes kecurian motosikal di Johor Bahru.

Advertisement

Menurutnya, penahanan geng kumpulan itu telah membawa kepada penemuan 18 rangka pelbagai motosikal kapcai antaranya Honda dan Yamaha dianggarkan bernilai RM120,000 yang ditemukan ditanam serta dibuang dalam kawasan paya berlopak.

“Modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan allen key yang telah diubah suai untuk menghidupkan motosikal curi dan dijual antara harga RM50 dan RM100 setiap komponen motosikal sebelum rangka motosikal dilupuskan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya geng berkenaan, polis dapat menyelesaikan 30 kes kecurian motosikal di sekitar daerah Kota Tinggi dan hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati tiga suspek mempunyai rekod berkaitan kes jenayah dan dadah.

Advertisement

Hussin berkata, polis sedang mengesan tiga lagi suspek yang dikenal pasti terlibat dan bersekongkol dengan kumpulan itu dan kesemua suspek kini direman sehingga 18 Ogos.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top