BM | EN | 中文

Geng Lombok Makam Tujuh tumpas

IMG-20200201-WA0006.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 1 FEB: Polis Kota Tinggi berjaya menumpaskan geng lombok makam tujuh dengan penahanan lima lelaki warga Indonesia dalam serbuan di sebuah pondok sekitar Kampung Sri Makam Tujuh, Jalan Bandar Tenggara – Sungai Sayong, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, operasi pada jam 6.00 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Menurutnya, semasa serbuan tersebut, polis telah menangkap suspek berusia 33 hingga 47 tahun serta merampas pelbagai peralatan pecah rumah, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi dipercayai milik mangsa.

Advertisement

“Selain itu kesemua suspek juga gagal kemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil siasatan awal mendapati geng ini bergiat aktif sejak dua minggu lalu dan dianggotai oleh warga Indonesia.

“Modus operandi ialah melakukan pecah rumah sekitar awal pagi iaitu antara jam 2
hingga 5 pagi. Hasil barang curi dikongsi dan turut dijual kepada warga Indonesia lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, dengan tertumpasnya sindiket tersebut, sebanyak 15 kes pecah rumah
berjaya diselesaikan melibatkan jumlah kerugian RM40,360.

Katanya, hasil semakan, kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua saspek bebas dari penyalahgunaan dadah.

Tangkapan dan barang rampasan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 14 tahun dan boleh dikenakan denda.

Advertisement

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/53 jika disabit kesalahan
boleh dihukum penjara tidak lebih 5 tahun atau denda minimum RM10,000 atau kedua-duanya dan dikenakan sebatan tidak lebih 6 kali sebatan.

“Turut disiasat dibawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan–Kesalahan Kecil
1955 jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM1000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Tangkapan ditahan reman selama 14 hari bermula 28 Januari hingga 10 Februari
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 55(5) Akta Imigresen1959/63.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top