BM | EN | 中文

Geng Ho Kia curi kereta, pecah rumah sekitar JB, Ulu Tiram ditumpaskan

Geng-Ho-Kia-aktif-curi-kereta-pecah-rumah-sekitar-JB-Ulu-Tiram-ditumpaskan.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 DIS: Polis Johor berjaya melumpuhkan kumpulan curi kereta dan pecah rumah dikenali sebagai ‘Geng Ho Kia’ dengan penahanan tiga lelaki di sekitar Johor Bahru dan Ulu Tiram awal pagi semalam.

Ketua Polis Dearah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata lelaki berusia lingkungan 22 hingga 36 tahun itu ditahan menerusi Ops Lejang yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di tiga lokasi berasingan.

“Dalam serbuan antara 1 hingga 7 pagi, sepasukan polis berjaya menangkap tiga lelaki tempatan yang bergiat aktif mencuri kereta dan pecah rumah di sekitar kawasan Johor Bahru.

Advertisement

“Hasil tangkapan ini telah membawa kepada rampasan dua buah kereta dan pelbagai peralatan tajam seperti kuku kambing, skru dan parang bernilai RM80,000 dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah yang dilakukan kumpulan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Padzli berkata kumpulan yang telah bergiat aktif sejak tiga bulan lepas, dipercayai memecah rumah mangsa pada waktu siang menggunakan kuku kambing dan melarikan kenderaan mangsa sekiranya terdapat kunci kenderaan ditinggalkan di rumah.

Menurutnya, semakan awal mendapati kesemua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan kes dadah.

Advertisement

“Kesemua suspek direman selama empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan mencuri kenderaan.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah agar menghubungi terus di talian IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top