BM | EN | 中文

Generasi muda digalak ceburi bidang kemahiran demi masa depan

IMG-20191230-WA0006.jpg

Dzulkefly Ahmad (tengah) bergambar bersama sebahagian penerima sumbangan kelengkapan persekolahan oleh PTP di Dewan Raya Gelang Patah.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 DIS: Golongan ibu bapa diminta untuk menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang kemahiran sebagai pilihan karier masa depan anak mereka dan bukan hanya memberi tumpuan kepada bidang akademik semata-mata.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, bidang kemahiran mempunyai masa depan yang cerah di negara ini, khususnya di Johor.

Menurut beliau, bidang kemahiran seperti teknikal dan vokasional selari dengan revolusi industri 4.0 ketika ini.

Advertisement

“Dahulu bidang teknikal dan vokasional dilihat sebagai pendidikan pilihan kedua selepas bidang akademik.

“Tetapi kini dengan ledakan revolusi industri 4.0, kemahiran teknikal dan vokasional memainkan peranan utama dalam pembangunan masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kembali ke Sekolah anjuran Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang diadakan di Dewan Raya Gelang Patah, di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen.

Advertisement

Dzulkefly yang juga merupakan ADUN Iskandar Puteri turut memberitahu, dianggarkan seramai lebih 60 peratus pelajar di Jerman memilih bidang kemahiran untuk karier masa depan mereka.

“Saya sedar perubahan ini mungkin memakan masa kerana ibu bapa sudah terbiasa memberi penekanan kepada bidang akademik, namun bidang kemahiran juga mampu memberi pulangan baik termasuklah dalam bidang pekerjaan.

“Selain itu, golongan muda yang memiliki kemahiran juga berupaya membuka perniagaan sendiri bersandarkan kepada kemahiran yang dimiliki mereka,” ujarnya.

Advertisement

Sementara itu, dalam program tersebut, seramai 170 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan berbentuk kelengkapan persekolahan bernilai RM100 masing-masing.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top