BM | EN | 中文

GENERASI BAHARU FELDA PUJI BELANJAWAN JOHOR 2020

IMG-20191206-WA0004.jpg

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Belanjawan Johor 2020 harus mendapat pujian kerana memberi manfaat besar terutamanya kepada generasi baharu Felda di negeri ini.

Menurut Ridhuan Esa, belanjawan kali ini memberi kelebihan kepada penduduk di 70 kawasan tanah rancangan Felda seluruh Johor yang melibatkan lebih 100,000 penduduk.

Katanya, antara manfaat terbesar dari pembentangan Belanjawan Johor 2020 berhubung perumahan generasi baharu Felda dan lot tapak rumah generasi Harapan Felda.

“Perumahan Generasi Baharu Felda yang melibatkan sebanyak 1,639 unit rumah sebelum ini menghadapi pelbagai masalah dan ia telah dipermudahkan oleh kerajaan hari ini.

“Dengan konsep sewa beli penerima perlu membeli rumah dalam masa lima tahun, serta bayaran bulanan terkumpul adalah sebahagian dari wang pendahuluan untuk membeli rumah.

“Kerajaan negeri Johor antara yang pertama mengurniakan lot tapak rumah kepada generasi baharu Felda dan lot tapak rumah ini terletak di tanah-tanah poket sekitar rancangan sedia ada dan ia dikurniakan kepada anak-anak Felda.

“Dianggarkan lebih 3,000 pemohon tapak rumah telah dibina atau sedang dibina dan sebahagiannya dalam proses penerimaan geran serta pembayaran premium dari 4,306 pemohon seluruh negeri Johor.

“Terima kasih kepada kerajaan Johor atas keprihatinan dengan memberikan nilai premium serendah RM 1 sekaki persegi kepada rancangan-rancangan yang terlibat,” kata Ridhuan ketika dihubungi.

Selain itu menurutnya usaha kerajaan Johor dapat menggalakkan generasi Felda untuk kekal di kawasan rancangan, sekaligus mengekalkan kelestarian komuniti di Felda.

“Adalah diharapkan kerajaan Johor melibatkan agensi dan jabatan di Johor untuk membantu mengurangkan beban yang bakal ditanggung oleh penduduk seperti infrastruktur di kawasan lot Generasi Harapan Felda.

“Ini kerana penerima untuk Generasi Harapan Felda terdiri dari golongan B40, M40 dan belia yang berkeluarga.

“Kami berharap agar pihak kerajaan mempertimbangkan peruntukan untuk kos tersebut diringankan bagi membantu mereka yang menerima lot tersebut,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top