BM | EN | 中文

Geledah Wisma Amanah tanpa waran, jangan jadikan SPRM alat tindas pembangkang

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 9 JUL: Kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional (PN) diingatkan untuk tidak menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat bagi menindas parti pembangkang.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Taqiuddin Cheman berkata, ini berikutan tindakan badan itu menggeledah Wisma Parti Amanah tanpa memberikan waran kepada pihak keselamatan pejabat.

Menurut Taqiuddin tindakan geledah tersebut disusuli dengan permohonan reman terhadap saudara Mohd Azhar Che Mat Dali.

Advertisement

“Wisma Parti Amanah Negara digeledah oleh pihak SPRM tanpa memberikan waran kepada pihak keselamatan pejabat.

“Tindakan ini pada hemat kami amat keterlaluan kerana tiada keperluan untuk memohon reman melainkan saudara Azhar tidak memberikan kerjasama apabila dipanggil oleh pihak SPRM,” kata Taqiuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang di Johor itu berkata, penindasan itu bukan sahaja dilakukan terhadap barisan pimpinan pembangkang di semenanjung, tetapi juga di Sabah.

Advertisement

“Pimpinan Parti Warisan Sabah disiasat atas kes lama yang telah selesai. Pada masa yang sama, bekas Ketua Menteri Sabah dibebaskan dari segala tuduhan rasuah.

“Semua ini dilakukan seolah-olah bagi memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Harapan dan Warisan, selain cubaan ‘membeli’ sokongan daripada pemimpin pembangkang menjelang 13 Julai ini.

“Ahli-ahli Parlimen yang gagal ‘dibeli’ dengan ‘scheme of thing’, kini diugut dengan SPRM agar sokongan diberikan kepada Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam masa yang sama katanya, laporan SPRM yang dibuat oleh pihak pembangkang pula seolah-olah tidak dipedulikan apabila tiada respon daripada pihak SPRM.

“Hatta makluman menerima aduan pun tidak diberikan kepada pihak pengadu.

“Justeru, Pemuda Amanah melihat PN menjadikan SPRM sebagai alat menekan pihak pembangkang.

Advertisement

“Tindakan PN memperalatkan SPRM pastinya akan menyebabkan kredibiliti SPRM sebagai badan bebas yang dipercayai akan terjejas,” ujarnya lagi.

Mohd Azhar yang juga bekas pegawai bekas menteri Menteri Pertahanan ditahan jam 8 malam kelmarin bagi membantu siasatan dakwaan kes runding terus di Kementerian Pertahanan.

Majistret Shah Wira Abdul Halim semalam mengeluarkan perintah reman selama enam hari sehingga 13 Julai selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top