BM | EN | 中文

GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA PERLU DITANGANI

rozita.jpg

Rozita

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 DIS : Gejala sosial yang melibatkan remaja hari ini dilihat semakin parah apabila mereka seolah-olah tidak tahu membezakan sama ada kebaikan atau keburukan.

Berikutan itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Rozita Abdul berkata, gejala yang melibatkan alam siber, gejala seperti perjudian dan lagak yang tidak sayangkan nyawa turut berlaku ini perlu disantuni.

“Kita maklum hari ini, terdapat judi dalam talian yang tidak ada pemantauan dari pelbagai pihak berleluasa di kalangan remaja dan ini amat membimbangkan.

Advertisement

“Antara lain, permainan dalam talian turut banyak melekakan kebanyakkan remaja hari ini sehinggakan ada yang duduk di kedai makan menghabiskan masa berjam-jam bermain permainan tersebut.

“Selain itu, antara faktor gejala yang menular di kalangan remaja seperti rempit dan basikal lajak turut menjadi ‘trend’ utama dalam permasalahan remaja hari ini. Ia perlu diselesaikan dari terus menular ke dalam diri remaja,” katanya ketika ditemui JohorKini.

Berikutan itu, Rozita yang merupakan Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) negeri mahu perhatian ke atas remaja perlu diambil berat, maka kerajaan perlu memperbanyak lagi aktiviti yang bermanfaat.

Advertisement

“Kami akan berbincang dengan kerajaan untuk tambah baik dasar, polisi dan program supaya boleh meningkatkan pengawalan selaras dengan konsep Rahmatan Lil Alamin.

“Dalam masa yang sama, peruntukan kepada pemulihan remaja perlu diadakan bagi badan bukan kerajaan (NGO), agensi serta jabatan kerajaan yang lain mengadakan program-program kepada remaja yang disasarkan mempunyai masalah.

“Kempen kesedaran seluruh medium penerangan perlu diusahakan selain pihak kerajaan perlu mengadakan platform untuk minat mereka.

Advertisement

“Aktiviti seperti permainan lasak dan mencabar minda juga dilihat baik untuk diadakan bagi remaja mengisi masa lapang dari mereka terus terbiar dalam kancah dunia yang akan memberikan keburukan kepada mereka,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top