BM | EN | 中文

Gejala buli siber meningkat, perlu dihentikan segera

social_media_sosial.jpg
Advertisement

MUAR, 29 MEI: Gejala buli siber yang semakin berluasa di negara ini perlu dihentikan dengan segera agar tidak mendatangkan kesan negatif dalam masyarakat.

Nor Hayati Bachok

Adun Maharani, Nor Hayati Bachok berkata sikap seperti itu tidak mendatangkan faedah sama sekali dan tindakan segera dari kerajaan perlu dilakukan.

Menurutnya, peningkatan buli siber meningkat mendadak sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan.

Advertisement

“Insiden pembulian siber bukanlah sesuatu yang baru malah kita kerap kali mendengar tentang kejadian-kejadian buli di ruangan maya yang telah memberikan impak nyata di dunia realiti.

“Masalah buli siber ini lebih banyak dilakukan terhadap kaum wanita dan meningkat dalam tempoh PKP.

“Terbaru, seorang gadis telah bertindak mengambil nyawa sendiri disebabkan tekanan yang diterima setelah dibuli di atas talian mengenai hubungannya dengan warga asing, yang telah menggemparkan negara.

Advertisement

“Statistik yang dikeluarkan oleh badan kajian bebas menunjukkan peningkatan jumlah buli siber sehingga melibatkan bunuh diri, amat-amat merisaukan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Johor berkata, kesan dihadapi mangsa buli siber akan membuatkan mereka menjadi individu kurang berkeyakinan serta mendatangkan kesan kurang baik kepada mental.

“Baru-baru ini, negara kita mulai mencatatkan rekod pembuli siber yang meningkat dan perkara ini perlu diambil berat oleh kerajaan serta tindakan harus dilakukan.

Advertisement

“Ia bukan sahaja terkena kepada selebriti atau orang kenamaan malah sudah merangkumi golongan remaja, kanak-kanak, pelajar sehingga orang tua. Perkara ini adalah suatu yang parah.

“Selain itu, nilai-nilai murni yang sepatutnya didokong oleh rakyat Malaysia tidak dipratikkan dan jelas sekali merosakkan identiti negara sehingga pada suatu masa kelak akan meragut nyawa akibat budaya buli yang berlaku.

“Mangsa akan mendapat kesan yang teruk seperti paranoid, tidak yakin pada diri, kemurungan dan kesan negatif lain,” jelasnya.

Advertisement

Kelmarin, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor membuat laporan polis berikutan ugutan rogol, bunuh dan gangguan seksual terhadap mereka di laman sosial.

Adun Perling, Cheo Yee How

Susulan itu kedua mereka, iaitu Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei dan Adun Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya, 27 Mei lalu.

Mengulas lanjut perkara itu Adun Perling, Cheo Yee How berkata, buli siber tidak boleh dibiarkan kerana bukan sahaja memberi kesan negatif kepada mangsa, malah ia boleh sampai kepada tahap yang boleh meragut nyawa.

Advertisement

“24 Mei yang lalu di Jepun seorang ahli gusti wanita (Hana Kimura) berusia 22 tahun membunuh diri akibat mendapat kecaman serta tekanan di alam maya sehingga membuatkan beliau mengambil tindakan yang tidak sepatutnya.

“Jika kita lihat di luar negara juga seperti di Amerika Syrikat dan negara barat lain, buli siber ini adalah perkara yang dititikberatkan oleh kerajaan agar rakyatnya sentiasa terpelihara, kerana terdapat kes-kes buli siber yang banyak meragut nyawa rakyatnya.

“Kita mahu kerajaan segera membendung perkara ini agar rakyat di negara ini sentiasa terpelihara dari sebarang anasir yang merosakkan mental dan fizikal mereka,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top