BM | EN | 中文

‘Gantung demokrasi’ boleh dicari, keperluan moratorium depan mata buat tak nampak

Howard-Lee-DAPSY.png

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Kenyataan dangkal Menteri Kewangan baru-baru ini berkaitan blanket moratorium tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memperlekehkan minda dan keringat seluruh rakyat Malaysia.

Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee berkata, mata pencarian, kesihatan dan nyawa rakyat Malaysia ketika krisis sistem kesihatan dan ekonomi seperti tidak boleh dihadam oleh Menteri Kewangan.

“Mereka yang lena bersemayam di singgahsana seperti Menteri Kewangan kita seorang ini, jarang-jarang sekali terkesan.

Advertisement

“Malah, ada sesetengah daripada mereka girang sekali meraih keuntungan bilamana ada lambakan jualan aset berharga yang terpaksa dijual pada harga ihsan demi kelangsungan hidup rakyat yang ditekan,” kata Howard, lapor Rokettkini

Tambah Adun Pasir Pinji itu, norma baharu di Malaysia bukan semata-mata tentang pelitup muka, penjarakan sosial dan PKP tanpa henti.

Realitinya adalah pada kehilangan kerja dan mata pencarian, potongan gaji, penafian kebajikan pekerja, penutupan operasi perniagaan dan terpaksa mengikat perut untuk anak-anak.

Advertisement

“…dan ini masih lagi tidak mengambil kira bukti-bukti hidup di mana si polan dibuang kerja oleh syarikat yang terpaksa gulung tikar, lalu dinafikan tunggakan gaji yang entah berapa bulan lamanya.

“Kerana inilah masa depan Malaysia memerlukan blanket moratorium,” ujarnya lanjut.

Howard menjelaskan kerajaan memiliki dan mengawal beberapa bank, antaranya BSN, SME yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, Bank EXIM, Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Agrobank dimiliki sepenuhnya oleh subsidiari kepada MOF Incorporated.

Advertisement

Manakala Bank Rakyat adalah dibawah pemantauan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Kenyataan Menteri Kewangan yang bersungguh-sungguh ‘memujuk’ rakyat untuk menerima omong kosong bahawa kerajaan tidak memiliki dan mengawal bank, adalah tidak masuk akal, sengaja meraih simpati yang tidak berasas, dan memang tidak benar pun,” kata Howard lagi.

Tambah beliau Menteri Kewangan mampu mengarahkan bank-bank yang dinyatakan ini untuk memberikan blanket moratorium.

Advertisement

“Sekiranya tidak boleh, tidakkah ini menunjukkan kegagalan Menteri tersebut seiring dengan kegagalan sedia ada kerajaan Perikatan Nasional?

“Apa yang sekecil-kecilnya tindakan bekas pegawai bank merangkap Menteri Kewangan dan kerajaannya perlu lakukan adalah dengan utamakan keluhan perit getir kelas pekerja yang hari-hari bergelut ini.

“Sekiranya dia lakukan perkara yang murni ini, rakan-rakan semejanya masih lagi boleh meraih berjuta-juta keuntungan, tak terjejas sedikit pun.
“Sekiranya tidak, rakan-rakannya itu peroleh keuntungan yang lebih berlipat-lipat ganda di atas kelas yang paling terdedah kepada kemusnahan ini,” kata Howard lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top