BM | EN | 中文

Gangguan rangkaian telekomunikasi di Kota Tinggi pulih sepenuhnya Selasa depan

kota-tinggi-1.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 JUN: Rangkaian komunikasi beberapa syarikat yang terjejas akibat insiden kebakaran menara komunikasi di Ladang Sibol B, Kota Tinggi pada Selasa lepas, akan pulih sepenuhnya selewat-Iewatnya Selasa depan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan is berikutan kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan oleh penyedia perkhidmatan terlibat.

“Sebagai langkah sementara, Mobile Communications Vehicle (MCV) dan Base Transceiver Station (BTS) turut digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya,” menurut MCMC dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Kebakaran pada 7.04 malam di menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi Maxis yang dikongsi bersama Celcom itu, memusnahkan peralatan, bahagian kabin dan bekalan elektrik sehingga menjejaskan perkhidmatan dan gangguan liputan komunikasi di kawasan sekitar.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun MCMC sedang melakukan siasatan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top