BM | EN | 中文

GANGGUAN GAJAH LIAR DI ULU TIRAM

D4F6BE1B-5022-4D23-87E1-87F177FCD3DC.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 OGOS: Kerajaan Negeri Johor mengikuti rapat perkembangan sekumpulan gajah liar yang dilihat berada di beberapa kawasan dekat Ulu Tiram sebagaimana yang dilaporkan dan juga dikhabarkan menerusi laman media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor, kehadiran gajah tersebut disyaki tersesat atau terpisah daripada kumpulan Gajah Panti yang dianggarkan berjumlah 30 ekor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata sehingga kini terdapat enam aduan awam berhubung kumpulan gajah tersebut.

Advertisement

Chen Choon berkata aduan pertama diterima pada 26 Julai di Kampung Sg Tiram.

“Kerajaan Johor amat prihatin atas kerosakan yang menimpa pekebun dan telah mengarahkan pihak Perhilitan mempergiat operasi tangkapan gajah yang kini berterusan sejak aduan pertama diterima,” Chen Choon berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk kampung supaya tidak mengambil tindakan sendiri jika bertembung dengan kumpulan gajah berkenaan.

Advertisement

Chen Choon berkata kumpulan gajah yang dianggarkan berjumpah 30 ekor itu dipercayai tersesat atau terpisah dari kumpulan Gajah Panti.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top