BM | EN | 中文

Gangguan bekalan air: Pengusaha kedai makan di Johor terjejas

gangguan-bekalan-air-copy.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OKT: Pengusaha kedai makan dan restoran di sekitar Kempas di sini, mengambil inisiatif menggunakan pinggan, cawan, garpu dan sudu pakai buang bagi membolehkan operasi perniagaan dapat diteruskan walaupun berdepan gangguan bekalan air.

Ini berikutan berlaku gangguan air luar jangka akibat kebakaran dua unit alat pengubah arus elektrik di Loji Rawatan Air (LRA) Semanggar, sejak semalam.

Pengusaha kedai makan, Nurul Fitria Muhd Said, 29, berkata dalam tempoh ketiadaan air, dia terpaksa mengehadkan waktu operasi perniagaan dan hanya menggunakan pinggan serta cawan pakai buang.

Advertisement

“Kami juga hadkan pengeluaran masakan, sediakan apa yang ada. Kalau bahan yang disediakan sudah habis, kami terus tutup kedai.

“Walaupun kos meningkat (untuk membeli barangan pakai buang), insya-Allah dalam dua hari lagi masalah gangguan air ini diharapkan selesai,” katanya, lapor Berita Harian.

Semalam, berlaku kebakaran dua unit alat pengubah arus elektrik di LRA Semanggar yang menyebabkan lebih 100 kawasan mengalami gangguan bekalan air bersih.

Advertisement

Antara kawasan yang terjejas ialah daerah Johor Bahru termasuk Skudai, Pulai, Kempas, Seelong, Gelang Patah dan Kulai.

Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) sudah melaksanakan beberapa langkah alternatif antaranya dengan menggunakan sistem jana kuasa sebagai bantuan alternatif bagi mengoperasikan semula LRA Semangar.

LRA Semangar beroperasi semula pada kadar 50 peratus dan Ranhill SAJ turut menyediakan lori tangki membekalkan air bersih serta melakukan pengolahan sistem bekalan air bagi membantu penduduk di kawasan yang masih terjejas.

Advertisement

Kawasan yang terjejas dijangka pulih secara berperingkat dalam masa 72 jam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top