BM | EN | 中文

GANGGUAN BEKALAN AIR DI MUAR 10 DIS

gangguan-bekalan-air-copy.jpg

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Beberapa kawasan di daerah Muar bakal mengalami gangguan bekalan air pada 10 Disember 2019 bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 malam.

Syarikat Air Johor (SAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air selama 13 jam itu disebabkan kerja-kerja pengalihan paip bagi proses penambahbaikan bekalan air.

Kawasan yang terjejas ialah:

1. Kawasan sebelah kiri Jalan Temenggong Ahmad dari arah bandar bermula dari Parit Besar ke Simpang Parit Unas.
2. Kawasan sebelah kanan Jalan Temenggong Ahmad dari arah bandar bermula dari jambatan Parit Perupok hingga ke Pekan Parit Jawa.
3. Seluruh Pekan Parit Bakar
4. Parit Bakar Tengah
5. Parit Bakar Darat sehingga Persimpangan Jalan Sri Tanjung
6. Seluruh Pekan Parit Jawa
7. Seluruh Pekan Parit Mor
8. Jalan Jabbar
9. Jalan Abdul Rahman
10. Persimpangan Jalan Parit Haji Jamil ke Pekan Parit Jawa

Justeru itu, SAJ menasihatkan orang ramai untuk menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan air secukupnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top