JOHOR BAHRU, 28 DIS: Beberapa kawasan di daerah Johor Bahru dan Muar bakal mengalami gangguan bekalan air pada 29 dan 30 Disember 2019.
Syarikat Air Johor (SAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air selama 17 jam dari jam 10 pagi (29 Disember) hingga 3 pagi (30 Disember) di kawasan Johor Bahru disebabkan kerja-kerja pemasangan Aquamaster Meter.
Kawasan yang terjejas di Johor Bahru ialah di:
– Keseluruhan Jalan Teratai
– Keseluruhan Jalan Kemboja
– Jalan Kasturi
– McDonalds
– Sekolah Kebangsaan Indahpura 1
– Sekolah Kebangsaan Indahpura 2
– Sekolah Menengah Indahpura 1
– Jalan Jambu Mawar 1-8
– Jalan Jambu Air 1-8
– Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah
– Keseluruhan Jalan I-Park
– Ind Ringan Taman Muhibbah
– Keseluruhan Jalan SME
– Keseluruhan Jalan Seroja
– Sekolah Agama Tama Muhibbah
– Surau Jalan Kemboja
Manakala di daerah Muar, gangguan bekalan air selama 12 jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam (29 Disember) di kawasan disebabkan kerja-kerja penyambungan paip baru.
Kawasan yang terjejas di Muar ialah di:
– Jalan Bakri di sebelah kanan jalan dari arah bandar bermula dari Pesta Baru hingga ke simpang Jalan Sri Tanjung
– Jalan Bakri di sebelah kiri jalan dari arah bandar bermula dari Pesta Lama, Pesona hingga ke hadapan tangki air Jeram Lama
– Jalan Dato Hj Kosai bermula dari persimpangan Jalan Bakri hingga ke Parit Raja
– Jalan Bukit Mor bermula dari hdapan tangki air Bukit Perah hingga ke persimpangan Jalan Parit Yusof Darat
– Jalan Parit Yusof Darat bermula dari persimpangan Jalan Muar-Batu Pahat hingga persimpangan Parit Sempadan, Parit Tengah
– Jalan Muar-Batu Pahat bermula dari persimpangan Parit Jamil hingga ke Pekan Semerah
– Seluruh kawasan Seri Menanti
– Seluruh kawasan Sungai Balang
– Hujung Pekan Bukit Mor ke Jalan Air Manis
– Kawasan perindustrian Parit Jamil
Kawasan terlibat juga termasuk dengan kampung-kampung, jalan-jalan, lorong-lorong dan taman-taman perumahan serta kawasan perindustrian di sekitar kawasan yang dinyatakan diatas.
Justeru itu, SAJ menasihatkan orang ramai untuk menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan air secukupnya.
Johorkini