BM | EN | 中文

GANGGUAN BEKALAN AIR DI JOHOR BAHRU BAKAL PULIH

Jimmy-Loji-Rawatan-Air-LRA-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 OKT: Penduduk beberapa kawasan di sekitar Johor Bahru yang mengalami gangguan bekalan air bakal menarik nafas lega berikutan kerosakan pam penggalak di Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar telah dipulihkan sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata jangkaan bekalan air pulih sepenuhnya ke semua akaun terjejas adalah dalam tempoh 12 jam.

“Antara intipati taklimat perkembangan semasa pihak Ranhill SAJ, pam penggalak kedua yang rosak tempoh hari telah selesai dibaikpulih dan mula beroperasi pada  jam 9 pagi hari ini.

Advertisement

“Jadual asal selesai baikpulih adalah pada hari Ahad, 20 Oktober. Namun disebabkan kecekapan dan tindakan pantas pihak kerajaan dan Ranhill SAJ, pam penggalak tersebut dapat selesai baik pulih 24 jam lebih awal jadual,” kata Jimmy dalam kenyataannya hari ini.

Tambah Jimmy, setakat jam 9 pagi hari ini, hanya tinggal baki 5,800 akaun pengguna yang terjejas bekalan air bersih berbanding pada hari pertama kejadian iaitu 84,700 akaun.

Manakala, dua kawasan lagi iaitu Flora Height dan Taman Bukit Rinting yang mempunyai 1,500 pemegang akaun dijangka menerima bekalan air sepenuhnya dalam tempoh 24 jam kerana permukaan geografinya agak tinggi dan berbukit.

Advertisement

Jimmy yang juga Adun Bukit Batu berkata, buat sementara, Ranhill SAJ menyediakan khidmat lori tangki air lebihan di dua kawasan tersebut.

Beliau turut menasihatkan operator Ranhill SAJ sentiasa bersedia dengan pelan kecemasan yang teratur dan lengkap agar kejadian seperti ini tidak akan berulang dan setiap kerosakan atau bencana yang berlaku tidak akan menjejaskan kehidupan seharian rakyat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top