BM | EN | 中文

Gangguan bekalan air di daerah Batu Pahat Rabu ini

notis-gangguan-air.jpg

Notis notis gangguan bekalan air itu dikongsikan Ranhill SAJ .

Advertisement

BATU PAHAT, 24 FEB : Beberapa kawasan di daerah Batu Pahat, di sini mengalami gangguan bekalan air selama sehari susulan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Yong Peng pada 26 Februari ini.

Pengumuman notis gangguan bekalan air itu dikongsikan Ranhill SAJ melalui kenyataan di Facebook memaklumkan gangguan pada hari Rabu itu bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan loji di daerah Batu Pahat di loji rawatan air Yong Peng akan dijalankan. Kerja kerja penyelenggaraan loji ini merupakan inisiatif yang perlu dilakukan mengikut ketetapan jadual.

Advertisement

“Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual ini adalah satu disiplin yang perlu dilakukan bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam industri air negara sekaligus dapat meningkatkan mutu perkhidmatan perbekalan air bersih terawat di negeri Johor.

“Bagaimanapun, keperluan air bersih untuk tujuan hal-hal kematian, hospital dan pusat dialisis menjadi keutamaan,”kata kenyataan itu.

Senarai kawasan terjejas adalah seluruh kawasan Yong Peng , sepanjang Jalan Labis hingga Ladang Union, seluruh Kangkar Baru, sepanjang Jalan Air Hitam Yong Peng, Tanjung Sembrong, seluruh kawasan Air Hitam, Felda Air Hitam.

Advertisement

Kawasan lain terlibat, seluruh kawasan Parit Yaani, seluruh kawasan Sri Medan, seluruh kawasan Tongkang Pecah, kawasan industri Tongkang Pecah, Taman Putera Indah, seluruh kawasan Parit Sulong, sepanjang Jalan Parit Jalil, Taman Sri Sulong dan sepanjang Jalan Batu Putih.

Turut terlibat, sepanjang Jalan Johor Air Hitam Hingga Kampung Sri Desa, sepanjang jalan dari Air Hitam Hingga Simpang Parit Botak, sepanjang jalan dari Yong Peng Ke Parit Sulong, sepanjang jalan Simpang Lima dari Parit Sulong hingga lampu isyarat Simpang Lima, sepanjang Jalan Muar dari Sekolah Menengah Dato Onn hingga Parit Sangit dan kawasan sekitarnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top