BM | EN | 中文

GAMBUS JADI LOGO TMJ2020

3E047C3B-7D22-477F-A536-78808BFEC735.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Alatan muzik tradisional gambus yang digunakan dalam persembahan ghazal dipilih sebagai logo rasmi bagi Tahun Melawat Johor 2020.

Majlis pelancaran logo tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal di Paradigm Mall, dekat Skudai hari ini.

Advertisement

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Jimmy Puah Wee Tse. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Utiliti.

Imej alat muzik gambus tersebut adalah berpandukan dari konsep huruf J, yang divisuallkan ke dalam logo sebagai elemen utama.

Advertisement

Ilustrasi Gerbang Laman Mahkota Istana Bukit Serene pula melambangkan kesediaan orang Johor dalam menyambut tetamu dan kedatangan pelancong.

Elemen warna biru melambangkan suasana tenang, aman dan harmoni, dan merah bermaksud kesungguhan rakyat di negeri ini dalam memberikan yang terbaik kepada para pelancong.

Warna kelabu membawa erti kesederhanaan dan toleransi, manakala kombinasi warna-warni membawa maksud keseronokan dan keriangan.

Advertisement

Sementara itu harimau yang sinonim dengan negeri Johor sekali lagi menjadi maskot, namun kali ini bagi Tahun Melawat Johor 2020.

Dengan nama timang-timangan, ‘Jo’ dijangkakan akan turut menyertai jelajah ke seluruh negeri bagi mempromosi destinasi dan acara menarik sempena Tahun Melawat Johor 2020.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top