BM | EN | 中文

“Gambar raya” tular ketika hantar bantuan, sedia kerjasama polis – Adun Bukit Batu

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

KULAI, 17 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse menjelaskan bahawa beliau sedang menghantar bantuan kepada aktivis parti itu untuk diagihkan.

Jimmy berkata demikian susulan laporan oleh Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Selatan, Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail bahawa beliau telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) hari raya.

“Merujuk kepada laporan polis terhadap saya melanggar SOP hari raya, saya ingin menegaskan saya tidak menafikan saya berada di sebuah rumah di Taman Desa Jaya pada masa insiden.

Advertisement

“Tetapi tujuan utama saya ke rumah tersebut adalah untuk hantar barang sumbangan kepada wakil Wanita Keadilan untuk diedarkan kepada golongan ibu tunggal dan asnaf dan bukan beraya seperti didakwa.

“Walaubagaimanapun, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan mereka.

“Sekiranya hasil siasatan mendapati saya telah langgar undang-undang SOP, saya rela menerima hukuman dan membayar kompaun sewajarny,” kata Jimmy dalam satu kenyataan.

Advertisement

Terdahulu, Ahmad Anwar telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ia berdasarkan hantaran di laman Facebook pemilik akaun yang memuat naik beberapa gambar suasana hari raya pertama di rumahnya, dimana Jimmy kelihatan di dalam gambar tersebut.

Katanya Jimmy telah melanggar undang-undang secara sedar dan sengaja secara berkumpulan melakukan ziarah raya ke kediaman pemilik akaun.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top