BM | EN | 中文

Gambar lama tular, polis nafi aktiviti pelacuran di hotel dekat Muar

Ketua-Polis-Johor-Datuk-Ayob-Khan.png
Advertisement

MUAR, 18 JUL: Polis Johor menafikan dakwaan kononnya terdapat aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Jalan Haji Abu Bakar, Muar, yang gambarnya tular di media sosial Rabu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata gambar itu yang dikongsikan menerusi satu akaun Facebook ‘Crime Watch’ adalah gambar lama yang ditular semula bagi menunjukkan seolah-olah pihak Polis tidak mengambil sebarang tindakan.

Sebaliknya, ‘Hotel Sahara’ itu telah diserbu sebanyak tiga kali iaitu masing-masing pada 10 Jun dan 4 Sept 2018 serta 11 Julai tahun lalu.

Advertisement

Ayob Khan berkata menerusi serbuan Polis Johor, 19 individu ditangkap termasuk dua wanita dan lima lelaki warga asing dengan kesemuanya sudah disiasat, telah didakwa mengikut Seksyen 372 A dan Seksyen 372 B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam gambar viral tersebut terdapat beberapa orang dipercayai warganegara asing sedang berbaris dan berkumpul di hadapan hotel tersebut yang keadaan pintu gril tertutup.

“Gambar ini adalah gambar lama yang telah ditularkan kembali seolah-olah menunjukkan pihak Polis tidak mengambil sebarang tindakan.

Advertisement

“Bertindak atas maklumat tersebut (gambar ditularkan), sepasukan polis membuat pemeriksaan ke atas premis tersebut dan mendapati ia tutup dan sudah tidak beroperasi sejak Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata kawasan itu adalah tumpuan warga asing melepak terutama pada hujung minggu kerana berdekatan dengan bank-bank dan kedai telefon bimbit.

Dalam pada itu Ayob Khan berkata, Polis mengalu-alukan maklumat orang awam berhubung kegiatan jenayah, namun mereka dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu dan tidak sah, tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top