BM | EN | 中文

Galakkan pekerja muat turun aplikasi MySejahtera dan MyTrace – Exco Johor

mysejahtera-mytrace-gerakmalaysia.jpg

Gambar Ehsan lowyat.net

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MEI: Para majikan di negeri Johor perlu menggalakkan pekerja mereka untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera dan MyTrace Malaysia.

“Majikan perlu menggalakkan pekerja memuat turun dan menggunapakai aplikasi pengawasan penularan wabak COVID-19 yang
disyorkan kerajaan MySejahtera dan MyTrace Malaysia,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Advertisement

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid-19 dan membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid-19.

Selain itu ia membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19 dan mengenalpasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19.

Advertisement

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery dan ia adalah percuma.

Manakala MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti Covid-19.

Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi `Bluetooth’ di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti Covid-19.

Advertisement

Sekiranya pengguna disahkan positif Covid-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.

Dalam pada itu Vidyananthan berkata, sehingga 25 Mei, bilangan kes Covid-19 yang melibatkan warga asing yang dilaporkan di Johor adalah seramai 44 orang, di mana hanya 17 melibatkan pekerja asing.

Sehingga kini, hampir kesemua kes telah sembuh dan hanya tujuh kes yang masih dirawat di hospital.

Advertisement

Manakala bagi pendatang tanpa izin (PATI), pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mempunyai SOP sendiri untuk memastikan mereka ditahan dan dihantar ke depoh tahanan yang ditetapkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top