BM | EN | 中文

Gaji Menteri Besar Selangor, Adun dan pegawai tinggi GLC dipotong untuk tabung Covid-19

MB-Selangor-Amirudin-Shari.jpg

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (Gambar Ehsan Mukhriz Hazim)

Advertisement

SHAH ALAM, 20 JAN: Gaji Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pegawai tinggi GLC Selangor akan dipotong untuk disumbangkan kepada tabung Covid-19 negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kaedah pemotongan gaji itu akan dimuktamadkan segera,

Katanya kerajaan Selangor telah pun mengaktifkan semula Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 yang sebahagiannya akan dibiayai melalui potongan gaji ahli politik.

Advertisement

Amirudin juga turut mengumumkan dia sendiri menyumbang gaji satu bulan untuk disalurkan ke tabung itu sebagai permulaan.

Dia berkata demikian ketika mengumumkan pakej bantuan Kita Selangor ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0.

Melalui pakej itu katanya, kerajaan Selangor memperuntukkan dana RM6 juta untuk ujian saringan Covid-19 secara bersasar, selain inisiatif untuk membantu petugas barisan hadapan, serta peruntukan RM6.8 juta untuk semua Adun dan ahli parlimen Selangor di bawah program Mesra Rakyat.

Advertisement

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Amirudin sebagai berkata, ujian saringan bersasar merangkumi 50,000 penduduk Selangor, termasuk warga emas berisiko tinggi, khususnya di pusat penjagaan dan pusat haemodialisis, golongan B40 dan mahasiswa anak Selangor.

Berdasarkan polisi baru Kementerian Kesihatan Malaysia, ujian saringan tidak akan dilakukan ke atas kontak rapat yang dikesan sekiranya mereka tidak menunjukkan gejala.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top