BM | EN | 中文

‘Gajah mengamuk’: ADUN Johor desak kerajaan negeri semak kawasan hutan Mawai

gajah-kota-tinggi-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Kerajaan negeri Johor perlu menjelaskan kepada rakyat di negeri ini berhubung kejadian gajah yang ditemui berkeliaran antaranya di kawasan laluan Johor Bahru – Mersing dekat Kota Tinggi.

Menurut Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata semakan terhadap hutan di kawasan berdekatan seperti Mawai dan Panti perlu dilakukan dengan kadar segera.

Katanya, ini kerana penggondolan dan pencerobohan hutan dikhuatiri berlaku sehingga mengganggu habitat mamalia berkenaan di kawasan terbabit.

Advertisement

Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim

“Sudah berulang kali saya suarakan agar pemantauan terhadap hutan-hutan di Johor. Kekhuatiran saya adalah berhubung habitat mamalia tersebut sehingga kesannya dapat dilihat pada hari ini.

“Siasatan perlu dibuat berkenaan perkara ini. Kerajaan usah berdiam dan membisu dalam isu kerana ia soal keselamatan penduduk kampung di sekitar kawasan.

“Di kawasan saya juga baru-baru ini berlakunya kes harimau liar berkeliaran di kawasan Gunung Banang. Apa yang pasti terdapat pencerobohan hutan yang berlaku di kawasan tersebut,” katanya.

Advertisement

Khairuddin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, tindakan segera perlu diambil bagi menyelesaikan masalah itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top