BM | EN | 中文

Gajah di Kota Tinggi hilang habitat, warganet kecam aktiviti gondol hutan, pembalakan

gajah-kota-tinggi.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 1 OGOS: Warganet di laman facebook mengecam aktiviti pembalakan dan penggondolan hutan yang dipercayai punca gajah kehilangan habitat mereka di Kota Tinggi.

Reaksi itu berikutan kejadian dua ekor gajah yang tiba-tiba muncul di jalan raya dekat laluan Jalan Johor Bahru-Mersing di Kilometer 52 berhampiran Simpang Perani, Mawai, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam tadi, laluan di kedua-dua arah berlaku sedikit kesesakan apabila pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat dan merakam gambar serta video ‘aksi’ dua mamalia berkenaan.

Advertisement

Di laman Facebook ‘Orang Kota Tinggi’ rata-rata warganet menyatakan rasa marah dan kecewa dengan pihak tertentu yang seolah-olah merestui aktiviti penerokaan hutan, penggondolan bukit bagi aktiviti penanaman kelapa sawit.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 800 komen pada kiriman tersebut dengan 3,000 kongsian.

“Hutan semua potong jadi ladang kelapa sawit dan bina rumah, memanglah haiwan akan keluar jalan sini jalan sana,” komen Xing Xing.

Advertisement

“Mengamuk tempat tinggal habitatnya kena ceroboh dan digondolkan,” kata Mastura Shariff.

“Kalau sampai gajah nak serang-serang bagai ni, mesti ada yang tak kena dalam hutan. Tolong Jabatan Hutan periksa dalam hutan tu. Mesti ada yang tak kena dalam hutan tu,” kata pengguna facebook, Muszafar Egym.

“Hutan di kawasaan Kota Tinggi, Kluang, Mersing sudah habis dibalak. Oleh kerana itu gajah keluar ke kawasaan yang banyak makanan seperti berhampiran kampung-kampung, kawasaan Felda, kawasaan kebun-kebun kerana mereka rasa terancam bila berada di dalam hutan kerana pembalak masih lagi beroperasi,” tulis Jasni Amat.

Advertisement

“Habitat dan spesis yang terancam dan diancam oleh segelintir manusia yang tamak. Harimau yang tidur jangan dikejut. Inikan pula gajah. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga Yang tak bersalah jadi mangsa,” kata Muhammad Nur Shahid II.

Manakala ada di kalangan warganet membuat andaian bahawa pasangan gajah ‘mengamuk’ disebabkan kehilangan anak.

“Aku dah hilang sabar dah ni. Dah berapa kali send email dekat Perhilitan suruh bagi balik anak gajah yang dia orang tahan bawa ke Kuala Gandah tu. Tolonglah Perhilitan. Bagi balik anak gajah tu.

Advertisement

“Jangan sampai kami orang Kota Tinggi pula bawa sepanduk pergi depan pejabat Perhilitan tu. Jangan buat pekak. Kejam bagai ‘terrorist’ Perhilitan! Memisahkan anak gajah dari mak dia!! kata Amin Yusoff Khalid.

Sementara itu  Shaukat Yuhanies Abdullah Susah berkata, anak gajah yang dipindahkan ke lokasi lain sukar untuk membiasakan diri dengan kawanan gajah yang baharu.

“Kawanan gajah mana pula nak dicari untuk jaga anak gajah itu nanti bila di dalam hutan? Macam mana pula kita nak cari kawanan gajah untuk jaga anak gajah ini? Gajah bukan tinggal di satu kawasan setempat dalam tempoh yang panjang.

Advertisement

“Apa pula nasib anak gajah itu nanti. Insha Allah doa yang baik-baik. Usaha Perhilitan menjaga mereka ini dah yang terbaik,” katanya.

Johorkini sebelum ini melaporkan penemuan seekor anak gajah yang sesat dan diselamatkan oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Johor.

Menurut kenyataan Perhiltan sebelum ini, anak gajah itu dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang untuk tujuan pemulihan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top