BM | EN | 中文

Gajah betina mati dirempuh beberapa kenderaan di jalan Kota Tinggi – Mersing

Gajah-betina-mati-dirempuh-beberapa-buah-di-Kota-Tinggi.png

Gambar Ehsan Perhilitan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MACL Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi jalan selepas dirempuh beberapa buah kenderaan di Batu 7, Jalan Kota Tinggi Mersing, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata penemuan bangkai gajah dianggarkan berumur antara 20 dan 30 tahun itu dilaporkan oleh orang awam pada 12.15 tengah malam, sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian

“Menurut saksi kejadian berlaku pada kira kira 11 malam apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kota Tinggi menghala Mersing telah melanggar gajah itu dan kemudian ia dilanggar pula oleh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah treler katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Advertisement

Salman berkata kejadian itu turut mengakibatkan pemandu kenderaan pacuan empat roda serta penumpang treler mengalami cedera ringan, sementara kenderaan masing-masing rosak

“Gajah tersebut merupakan sebahagian daripada ID Panti (kumpulan gajah Pariti) yang dianggarkan berjumlah 30 hingga 40 ekor dan Jalan Kota Tinggi-Mersing pula merupakan kawasan panas lintasan gajah terutamanya di Batu 4 hingga Batu 14,” katanya

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top