BM | EN | 中文

Gajah berkeliaran di Simpang Perani, Kota Tinggi malam tadi

gajah-johor.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 1 OGOS: Dalam kemeriahan menyambut hari raya Aidiladha dan aktiviti pulang ke kampung halaman, pengguna jalan di laluan Johor Bahru – Mersing gempar apabila muncul dua ekor gajah berhampiran Simpang Perani, Mawai dekat sini malam tadi.

Kejadian difahamkan berlaku kira-kira pada jam 8.40 malam ketika laluan itu sesak dengan kenderaan dan ada diantara pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan untuk merakam video dan mengambil gambar mamalia tersebut.

Dalam dua video berdurasi 30 saat dan 4 saat yang ditandakan seorang pengguna kepada twitter Johorkini malam tadi, menunjukkan seekor gajah dewasa sedang berada di deretan kedai buah-buahan.

Advertisement

Manakala seekor lagi sedang berjalan memasuki semak di laluan berhampiran.

Isnin lalu, seorang pengawal keselamatan, Misran Tukijoh, 56, maut akibat diserang gajah liar dalam kejadian di tapak lombong pasir di Batu 6, Simpang Perani, Mawai.

Lokasi kejadian itu tidak jauh daripada tempat kejadian iaitu kira-kira 500 meter.

Advertisement

Pada 14 Julai, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya menyelamatkan seekor anak gajah di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing

Perhilitan memberitahu penemuan anak gajah itu hasil makluman orang awam yang dipercayai tersesat dan terpisah daripada kawanan dan diselamatkan oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Johor.

Menurut kenyataan Perhiltan, anak gajah itu kemudiannya dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang untuk tujuan pemulihan.

Advertisement

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Salman Saaban yang menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya menjauhi atau tidak memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar atau video kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top