BM | EN | 中文

Gajah berkeliaran dekat Kem Iskandar, Mersing ditangkap

Gajah-Kem-Iskandar-Mersing-April-2021.jpeg

Gambar sekumpulan gajah liar yang berada di kawasan belukar berdekatan kuarters kakitangan Kem Iskandar, Mersing, Johor, baru-baru ini (Gambar Ehsan Kosmo)

Advertisement

MERSING, 22 APR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap dua ekor gajah liar di Kern Iskandar di sini, petang kelmarin.

Pengarahnya, Salman Saaban berkata tangkapan itu dibuat selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung sekumpulan gajah yang berkeliaran di dalam kawasan hutan berhampiran kuarters kakitangan kem terbabit.

Katanya, tangkapan pertama melibatkan gajah betina dibuat pada 3.15 petang manakala tangkapan seterusnya melibatkan gajah jantan dilakukan pada 3.45 petang dengan kedua-duanya sihat serta aktif.

Advertisement

“Kits menerima aduan pagi semalam yang melaporkan terdapat lima hingga 12 ekor gajah berada di dalam kawasan hutan terbabit dan dikhuatiri akan tersesat hingga ke Istana Flinstone yang terletak hanya kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan itu.

“Menurut pengadu, gajah tersebut telah berada di kawasan itu sejak seminggu lepas dan kawalan serta cubaan menghalau telah dijalankan oleh pihak jabatan namun kumpulan gajah tersebut tidak mahu bergerak (dari kawasan itu),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Salman berkata kedua-dua ekor gajah liar tersebut merupakan sebahagian daripada kumpulan gajah Jemaluang yang menimbulkan konflik di sekitar kawasan Pekan Jemaluang, FeIda Tenggaroh, Kampung Wak Salam dan Kampung Sri Pantai.

Advertisement

“Kita akan menjalankan pemantauan ke atas gajah ini sehingga dipindahkan ke habitat baharu dan hasil pemantauan pagi tadi didapati baki kumpulan gajah tersebut juga telah tiada di tempat operasi dan disyaki telah bergerak masuk ke Hutan Simpan Jemaluang yang terletak berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan seorang penghuni kern tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 20-an, berterima kasih kepada Perhilitan Johor kerana bertindak pantas menangkap haiwan liar itu.

‘Kita risau gajah-gajah ini terlepas ke dalam kawasan perumahan (kuarters) yang boleh mengancam keselamatan ahli keluarga selain dikhuatiri merosakkan harta benda termasuk kenderaan.

Advertisement

“Tindakan dan pemantauan berterusan yang dilakukan sedikit sebanyak meredakan kerisauan penghuni kuarters ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top