BM | EN | 中文

Gagal siapkan aset TLDM, Zahid dipanggil PAC

wong-kah-woh-PAC-parlimen.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas timbalan menteri pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk memberi penjelasan berhubung kegagalan penyiapan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS).

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata parlimen memandang serius isu melibatkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) membabitkan nilai perolehan sebanyak RM9 bilion, yang merupakan perolehan yang terbesar dalam sejarah MINDEF.

“Pelantikan kontraktor utama iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd dilakukan secara rundingan terus.

Advertisement

“Sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar dan tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua (2) kapal LCS telah siap dibina setakat ini.

“Kegagalan penyiapan kapal LCS ini amat serius kerana bukan sahaja membabitkan kelemahan dan kegagalan dari segi tadbir urus, perolehan dan kewangan tetapi juga memberikan impak terhadap keselamatan dan pertahanan negara,” kata Wong dalam satu kenyataan semalam

Menurut beliau isu itu telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian / Jabatan Persekutuan).

Advertisement

Ia juga diterbitkan dalam Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2019.

“Justeru itu, PAC Parlimen telah memutuskan untuk memanggil prosiding PAC untuk isu ini.

“Setakat ini, empat mesyuarat dan prosiding dengan saksi-saksi yang telah dipanggil,” kata Wong.

Advertisement

Antaranya, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Pertahanan Malaysia (MINDEF), Datuk Seri Muez Abdul Aziz dan Pengerusi JKSTUPKK, Tan Sri Ambrin Buang;

Selain itu turut dipanggil Ketua Pengarah Pasukan Projek LCS (PPLCS), Laksamana Pertama Shaiful Bahri Baharuddin, bekas Pengarah PPLCS, Laksamana Pertama Azuwan Harun, Ketua Pengarah PPLCS Laksamana Muda Datuk Ir Mohd Shaiful Adli Chung Abdullah dan bekas Ketua Pengarah PPLCS Kepten (B) Azhar Jumat.

“PAC Parlimen berpendapat suatu penyelesaian hendaklah diputuskan oleh Kerajaan secepat mungkin.

Advertisement

“Berikutan itu, adalah penting bagi PAC Parlimen untuk menyegerakan prosiding isu ini dan membentangkan laporannya ke Dewan Rakyat.

“PAC Parlimen dengan itu akan menyambung prosiding PAC berhubung isu LCS pada awal bulan Januari dengan memanggil saksi-saksi yang selanjutnya.

“Antaranya termasuk mantan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan BNS Sdn Bhd, selaku kontraktor utama projek kapal LCS. PAC Parlimen juga akan menjalankan lawatan tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak pada Januari 2021.

Advertisement

“PAC Parlimen berhasrat untuk melengkapkan dan membentangkan laporan PAC berhubung isu pembekalan enam kapal generasi kedua LCS ini ke Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen pada Mac 2021,” kata Wong lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top