BM | EN | 中文

Gagal patuhi SHMMP, 53 peniaga di Johor dikompaun

Gagal-patuhi-SHMMP-53-peniaga-di-Johor-dikompaun.jpg

Gambar Ehsan KPDNHEP Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MEI: Seramai 53 peniaga di negeri ini dikompaun RM 7,550 selepas didapati gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa.

Semua kompaun itu dikeluarkan sepanjang tempoh SHMMP Hari Raya Puasa 2021 yang bermula pada 21 April sehingga Selasa.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Chong Fat Full berkata, 36 peniaga didapati melakukan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga barangan yang dijual.

Advertisement

“Sebanyak 12 kes membabitkan peniaga menjual melebihi harga kawalan ditetapkan dan lima kes bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan dan tinjauan barang keperluan sempena SHMMP Hari Raya Puasa 2021 di Pasar Borong Pandan di sini Selasa lalu.

Hadir sama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro.

Advertisement

Fat Full berkata, KPDNHEP Johor telah melakukan 2,105 pemeriksaan meliputi 2,058 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 47 pemeriksaan di peringkat pemborong.

“Bagi kesalahan gagal meletak tanda harga berwarna merah jambu bagi barang terkawal, kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 dan syarikat didenda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

“Sementara kesalahan menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum, jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,”katanya

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top