BM | EN | 中文

Gagal kekang Covid-19: Tiba masa kerajaan dengar semua pandangan

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 9 MEI: Sudah tiba masanya kerajaan mendengar semua pandangan dalam usaha memerangi Covid di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad.

Katanya, kerajaan perlu memanggil pakar akademik, sosial, ekonomi termasuk kesihatan untuk memberi pandangan kerana cabang legislatif, iaitu parlimen sebagai platform mendengar pandangan telah ditutup susulan pengisytiharaan darurat.

“Jika kuasa legislatif ini masih tertutup dan dibisukan, maka kerajaan boleh memanggil mana-mana pihak atau pakar untuk membincangkan perkara ini.

Advertisement

“Janganlah ambil pakar yang hanya pro kepada mereka sahaja kerana ia tidak akan mendatangkan hasil yang baik dalam setiap keputusan.

“Ini penting agar keputusan yang dibuat kerajaan tidak lagi secara kelam kabut seperti yang berlaku sekarang ini,” kata Dzulkefly.

Dalam pada itu, beliau yang juga Adun Kota Iskandar berkata, pelbagai kaedah telah digunakan kerajaan namun angka kes baharu Covid terus meningkat.

Advertisement

“Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan di bawah pimpinannya telah melakukan pelbagai cara bagi mengekang wabak Covid-19 dari terus merebak.

“Namun semuanya gagal.

“Tiba masa kerajaan bermuhasabah dengan mendengar pandangan daripada pelbagai pihak yang mempunyai pelbagai latar belakang untuk turut sama memberikan cadangan dan buah fikiran.

Advertisement

“Kerajaan tidak perlu bimbang dengan pandangan tersebut kerana ia bukannya mampu menjatuhkan kerajaan.

“…kecuali Tan Sri Muhyiddin dan kabinet yang memikirkan perkara seperti itu boleh terjadi,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top