ISKANDAR PUTERI, 6 MEI: Menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam isu-isu berkaitan bagi penyelesaian masalah Covid 19 dinasihatkan untuk melepaskan jawatan mereka, kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad
Kata Dzulkefly, menteri bagi portfolio Kesihatan, Pendidikan dan Ekonomi perlu bertanggungjawab kerana gagal dalam menjalankan tugasnya
“Jika negara ini sebuah syarikat, pekerja yang tidak mendatangkan hasil yang baik akan dikenakan tindakan atau dipecat. Begitulah juga dengan keadaan sekarang.
“Apa yang berlaku hari, pelbagai kaedah seperti PKP, PKPB, PKPP malah darurat lagi dilaksanakan tetapi masih tidak berjaya menghalang wabak Covid-19 ini berkurangan.
“Ini menunjukkan kegagalan mereka menguruskan hal tersebut dengan baik. Tidak ketara juga saya katakan, Perdana Menteri juga perlu meletakkan jawatan kerana kegagalan ini,” katanya ketika ditemui.
Beliau yang juga Adun Kota Iskandar berkata kegagalan mereka membuatkan hidup rakyat kian tersepit
“Sampai bila rakyat terpaksa tanggung keadaan ini? Segala keputusan yang dibuat dilihat kelam-kabut.
“Kita boleh lihat, sebelum ini ada kawasan yang dikenakan PKPB dan tiba-tiba bertukar PKP. Ini memang tidak masuk akal kerana segala agenda dan urusan rakyat akan terbantut.
“Apa yang perlu adalah mereka meletakkan jawatan supaya dapat memberi peluang kepada mereka yang mampu mengendalikan keadaan ini.
“Mungkin muka baharu akan lakukan lebih baik daripada apa yang ada pada hari ini,” katanya lagi.
Johorkini