BM | EN | 中文

Gagal hadir ke mahkamah Kota Tinggi, waran tangkap dikeluarkan kepada dua anggota Polis

tukul-hakim-Mahkamah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OGOS: Dua waran tangkap dikeluarkan ke atas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi semalam bagi tujuan pendakwaan berkaitan dengan enam penguatkuasa yang lain.

Terdahulu, enam anggota penguatkuasa termasuk seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Mejar, seorang anggota tentera berpangkat Sarjan serta empat anggota PDRM berpangkat Koperal dan Lans Koperal, didakwa di mahkamah berkenaan atas tuduhan membantu ahli jenayah terancang di Kota Tinggi, antara Sept 2017 hingga April 2020.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, menerusi Op Pintas Selatan dan Op Benteng antara 12 hingga 19 Jun lalu, seramai 19 anggota penguatkuasa terdiri daripada PDRM dan ATM, telah ditahan dan disiasat di bawah jenayah terancang.

Advertisement

“Kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan memutuskan untuk menuduh lapan penguatkuasa yang terdiri daripada enam anggota PDRM dan dua ATM, di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan kerana membantu suatu kumpulan jenayah terancang.

“Walau bagaimanapun, dua anggota PDRM gagal hadir dan waran tangkap telah dikeluarkan ke atas mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, tujuh lagi anggota untuk tindakan Jabatan dan empat masih dalam siasatan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top