BM | EN | 中文

Gabungan parti baharu Johor akan persembah cadangan nama MB segera

IMG-20200227-WA0029.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 FEB : Gabungan parti baharu yang akan menggantikan kerajaan sedia ada di Johor akan mengadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi mempersembahkan cadangan nama calon Menteri Besar untuk membentuk kerajaan negeri dalam kadar segera.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, berdasarkan kenyataan media dari Jabatan Diraja melalui Setiausaha Sulit Tuanku, beliau menjunjung kasih ke atas Tuanku atas perkenan pembentukan gabungan kerajaan negeri yang baharu.

Katanya, sidang media diadakan adalah untuk memaklumkan kepada rakan-rakan media bahawa beliau telah menghadap Tuanku pada jam 12 tengahari tadi.

Advertisement

“Susulan daripada pertemuan Duli Yang Maha Mulia Tuanku (DYMM) bersama-sama majoriti ADUN petang semalam, DYMM Tuanku telah menitahkan bahawa gabungan parti yang baharu mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri.

“Gabungan parti yang baharu ini akan menghadap DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bagi mempersembahkan cadangan nama calon Menteri Besar sebelum susunan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu dilantik.

“Patik menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk membentuk kerajaan negeri dalam kadar segera bagi membolehkan perjalanan pentadbiran negeri dapat berjalan dengan lancar demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.

Dr Sahruddin berkata, gabungan parti-parti akan berbincang untuk menghantar senarai nama menteri besar sebelum menunggu tarikh untuk mengadap Sultan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Tuanku.

Beliau juga memaklumkan gabungan berkenaan melibatkan parti Bersatu, Umno, MCA, MIC, Pas dan beberapa individu parti.

Advertisement

“Untuk negeri Johor, ADUN MCA tiada tetapi untuk gabungan itu ada. Sementara ini gabungan baharu belum ada nama lagi di mana akan ditetapkan pucuk pimpinan parti masing-masing.

“Parti Bersatu juga belum ada senarai nama calon Menteri Besar yang mana pucuk pimpinan parti akan tetapkan,”katanya lagi.

Ketika ditanya mengapa Bersatu Johor bersama UMNO, Dr Sahruddin berkata, apa pun keputusan semua berdasarkan hasil perbincangan beliau sebagai menteri besar dengan pucuk pimpinan parti di pusat iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top