BM | EN | 中文

GABUNGAN MELAKA-JOHOR BENTUK SINERGI EKONOMI

mb-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 OKT : Johor dan Melaka menjalin kerjasama strategik berkaitan misi pelaburan dan hala taju pembangunan ekonomi.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, gabungan keistimewaan Melaka dan Johor nescaya akan membentuk sebuah sinergi ekonomi yang lebih mampan dan diteladani.

“Johor komited membangunkan kebitaraan negeri termasuk pembangunan kawasan strategik yang menjadi sempadan Melaka-Johor”

Advertisement

“Gabungan keistimewaan Melaka dan Johor pasti membentuk sebuah sinergi ekonomi yang lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Sempena Misi Pelaburan dan Kerjasama Strategik Melaka-Johor di Puteri harbour, semalam.

Menurut Sahruddin lagi, kelebihan yang ada pada Johor ialah memiliki pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan disamping kepimpinan yang dinamik.

Advertisement

“Pelbagai inisiatif sebelum ini yang dilaksanakan kerajaan negeri telah menyokong misi kerjasama strategik ini, antaranya Aspirasi Kerajaan Negeri Johor.

“Aspirasi ini ialah bertujuan membentuk kesepakatan antara jabatan, agensi dan rakyat disamping merencana pembangunan rakyat dalam pelaburan dan ekonomi sosial,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top