BM | EN | 中文

‘Gabungan Besar’ boleh bermula di mana-mana peringkat – Salahuddin Ayub

salahuddin-ayub-mp-pulai.jpg

Datuk Seri Salahuddin Ayub

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Gabungan Besar atau ‘grand coalition’ boleh berlaku di mana-mana peringkat sekiranya terdapat kekuatan di kalangan ahli parlimen daripada mana-mana parti yang mahu menjayakannya.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub selepas pertemuan dengan beberapa ahli parlimen pembangkang di Johor baru-baru ini.

Ujarnya, kekuatan gabungan ini perlu digerakkan bagi menyakinkan rakyat yang mengharapkan kesatuan terbentuk untuk membawa suara mereka.

Advertisement

“Ia boleh bermula di mana sahaja tidak kira di peringkat apa pun. Saya berharap ianya benar-benar menjadi kenyataan kerana kita mahu satukan semua pengaruh sebagai kekuatan kita.

“Apa yang pasti harapan untuk tahun 2021 nanti kita mahu melihat penyatuan di kalangan pembangkang benar-benar direalisasikan demi memacu negara dari terus dirosakkan golongan tidak bertanggungjawab.

“Kita perlu ketepikan apa sahaja persepsi yang tidak sehaluan di antara kita dan mencari titik persamaan demi mencapai matlamat menyakinkan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Dalam pertemuan tersebut, Salahuddin telah bertemu dengan ahli parlimen pelbagai latar belakang di Johor antaranya, Yeo Bee Yin dari DAP, Dr Mazslee Malik Bebas dan Syed Saddiq dari Muda.

Beliau turut merujuk kepada asas perjuangan yang dibuat ketika PRU ke-8 pada 1990 yang mempunyai pelbagai latar belakang gabungan ketika itu.

“Sebagai contoh ketika PRU ke-8 di mana wujudnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.

Advertisement

“APU hanya memfokuskan kawasan seperti pantai timur dan beberapa kawasan majoriti melayu yang lain.

“Gagasan Rakyat pula menumpukan kawasan kerusi campuran termasuk di Sabah kerana pembabitan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu.

“Ini tidak menjadi masalah sekiranya mahu bermula baik di peringkat nasional mahu pun di peringkat negeri dan parlimen.

Advertisement

“Apa yang penting permintaan di tempat tersebut. Sekiranya pengaruh pembangkang yang kuat ada di situ mengapa kita harus berpecah?,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top