BM | EN | 中文

Gabungan Baharu tidak ada majoriti – PH Johor

IMG-20200227-WA0035.jpg

Kesemua ADUN PH Johor memegang plakad bertandakan  kawasan DUN masing-masing pada sidang media di Hotel Grand Paragon sebentar tadi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 FEB: Gabungan Baharu tidak memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan negeri, menurut Pakatan Harapan (PH) Johor.

Dalam kenyataan bersama yang dibacakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, PH terdiri daripada 28 ADUN, menunjukkan Gabungan Baharu tidak boleh membentuk kerajaan negeri.

“PH negeri Johor dengan ini menegaskan bahawa kami mempunyai sokongan 28 ADUN.

Advertisement

“Ia membabitkan sembilan dari Parti Amanah Negara (Amanah), 14 dari DAP, lima dari PKR ada dan hadir pada himpunan malam ini.

“Sehubungan dengan itu Gabungan Baharu tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan,” katanya kepada wartawan pada sidang media di Hotel Grand Paragon, di sini sebentar tadi.

Kesemua 28 ADUN tersebut turut hadir pada sidang media tersebut dan memegang plakad bertandakan kawasan DUN masing-masing.

Advertisement

Dalam pada itu, ADUN Simpang Jeram, Datuk Salahuddin Ayub menjelaskan bahawa ketidakhadirannya semalam di Bukit Timbalan adalah berikutan penggiliran pertemuan ahli-ahli parlimen dengan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Ahli parlimen Pulai itu berkata, penggiliran temuduga oleh Yang Dipetuan Agong menyebabkannya tidak dapat hadir bagi sesi bersama 56 Adun Johor semalam untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong PH atau gabungan baru.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top