JOHOR BAHRU 27 OGOS: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Free Market tampil menyumbang sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian kepada warga kerja akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! biro Johor, di sini, hari ini.
Penyelarasnya, Zaharah Raishan Mohd Yassin berkata NGO tersebut membuat keputusan menghulurkan bantuan berjumlah RM9,000 selepas mengetahui masalah kewangan syarikat akhbar tertua di Malaysia itu – serta kesesengsaraan yang dihadapi oleh staf akhbar terbabit.
Tambahnya lagi, bantuan ini wajar dihulurkan atas dasar kemanusiaan apatah lagi Utusan Malaysia mempunyai sejarah panjang dalam pembentukan negara ini.
Zaharah berkata wang tersebut dikumpul daripada ahli Free Market dan juga hasil sumbangan orang ramai.
Sumber: Utusan Malaysia