BM | EN | 中文

Four Points by Sheraton Desaru lantik pengurus baru

four-points-by-sheraton-desaru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 NOV: Four Points by Sheraton Desaru telah melantik Maverick Loh sebagai pengurus besamya, menjelang pembukaan besar-besarannya bulan ini.

Loh, 32, akan mengawasi semua aspek pengurusan operasi serta melaksanakan inisiatif strategik bagi meningkatkan produktiviti dan kepuasan pelanggan untuk hotel 311 bilik itu, kata hotel itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan Four Points by Sheraton Desaru menjadi destinasi sempurna bagi pengembara yang datang untuk beriadah dan korporat, serta menunaikan janji jenama kami iaitu jujur, tidak merumitkan dan keselesaan.

Advertisement

“Kami yakin bahawa hotel ini dan penawarannya akan menyemarakkan semula pelancongan di Johor dan memberikan tahap layanan yang cemerlang dan mampu,’ kata Loh.

Maverick Loh

Menurut kenyataan itu, Loh mempunyai lebih sedekad pengalaman dalam industri perhotelan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai penolong pengurus eksekutif dan pemangku pengurus besar di Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan sebagai pengurus hotel di Sheraton Dhaka.

Advertisement

Senn juga pernah bekerja di Australia bersama syarikat dan jenama hotel yang terkenal sepertl Sydney Harbour Marriott, Primus Hotel Sydney, IHG Hotels & Resort dan Stamford Hotels & Resorts.

ilnatnya untuk perkhldmatan turut memberikan beliau kemenangan dalam Anugerah Pelancongan Penginapan Australia untuk Kecemerlangan dalam Perkhidmatan, dan beliau merupakan finalis kebangsaan untuk Anugerah Persatuan Hotel Australia untuk Kecemerlangan dalam Perkhidmatan pada 2017.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top