BM | EN | 中文

FORUM PENERANGAN BELANJAWAN KEPADA MASYARAKAT INDIA

IMG-20191011-WA0014.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OKT: Pemilik perniagaan mikro berbangsa India yang ingin mempelajari cara untuk mengurus, mengembang dan memanfaat dari Belanjawan 2020 boleh hadir ke satu forum di SJK (T) Yahya Awal, esok.

Menurut satu status yang dimuatnaik di Facebook rasmi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna negeri Johor, Dr S Ramakrishnan, forum tersebut adalah penting kepada usahawan-usahawan India.

“Topik yang akan dibentangkan termasuklah cara bagaimana komuniti ini boleh manfaat daripada Belanjawaan 2020 yang baru dibentangkan 11 Oktober lalu,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, program Forum Penerangan Belanjawan Kepada Masyarakat India negeri Johor itu juga akan mengadakan seminar mengenai pengurusan kewangan didalam perniagaan.

“Pengurusan kewangan dan simpanan rekod adalah penting dalam dunia perniagaan.

“Di dalam forum ini turut akan berkongsi dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk mendapatkan geran atau pinjaman untuk tujuan perniagaan,” katanya.

Advertisement

Seminar yang akan dianjurkan oleh Pejabat Pengerusi Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu akan menyediakan tempat untuk 300 orang peserta.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Naviin di talian 0177271292.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top