BM | EN | 中文

Forum Johorkini ‘Persidangan DUN Johor: Kerajaan PN Bagai Telur Di Hujung Tanduk’

Persidangan-DUN-Johor-PN-Di-Hujung-Tanduk.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 MEI: Polemik politik di Malaysia kala ini tidak boleh meninggalkan kepentingan membaca gerakan para pemainnya, terutama di negeri selatan tanahair, iaitu Johor.

Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di pusat dan negeri diterajui oleh beberapa pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan ramai watak penting dari Johor.

Meskipun air kelihatan tenang di permukaan, namun tak siapa boleh menjangka arus deras di bawah boleh membawa hanyut bahtera, lebih-lebih lagi jika layarnya patah dan nakhoda hilang kompas.

Advertisement

Dalam pada itu rakyat terus tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi pada PN?

Bagaimana bentuk politik negeri dan negara dalam masa terdekat jika kerajaan PN lemah dengan beza hanya beberapa kerusi DUN dan parlimen, manakala gerakan pembangkang cuba mendapatkan kembali apa yang dianggap sebagai mandat mereka?

Apa akan terjadi selepas undi tidak percaya yang diluluskan bakal dibahaskan, sama ada di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat?

Advertisement

Apakah legitimasi kerajaan PN hari ini yang hanya dibentuk melalui konpromi sesama komponen yang rapuh boleh bertahan?

Bagaimana kedudukan negeri Johor, yang menjadi ‘front’ kepada kedua-dua garis politik arus perdana Malaysia, iaitu Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan untuk masing-masing pihak menempatkan posisinya?

Semua pertanyaan seumpama ini akan terjawab dalam forum Persidangan DUN Johor : Kerajaan Perikatan Nasional Bagai Telur Di Hujung Tanduk?

Advertisement

Antara ahli panel yang bakal membarisi perbincangan adalah YB Sheikh ‘Umar Bagharib Ali (ADUN Paloh, Ketua DAPSY Johor), YB Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru, Ketua AMK Malysia) dan YB Dzulkefly Ahmad (ADUN Kota Iskandar, Timbalan Pengerusi AMANAH Johor)

Forum Johorkini Siri Ke-2 ini akan dimudahcara oleh Fakhrurrazi Rashid (Koordinator Penyelidik REFSA).

Jangan lupa temujanji kita. Tandakan kalendar anda. Forum ini akan berlangsung pada 12 Mei 2020 (Selasa) jam 11.00 pagi.

Advertisement

Ikuti perbincangan ini secara langsung melalui laman Facebook Johorkini : https://www.facebook.com/jkini.my/

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top