BM | EN | 中文

FORMULA MALAYSIA BASMI KEMISKINAN TEGAR, TINGKAT PENDAPATAN RAKYAT DIBENTANG DI PERSIDANGAN KOMANWEL

suhaizan-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OCT: Formula yang digunakai Putrajaya bagi membasmi kemiskinan tegar dikalangan rakyat serta agenda memperkasa ekonomi masyarakat antara perkara yang dikongsikan dalam Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) yang berlangsung di Munyonyo Kampala, di Uganda bermula 24 hingga 29 September lalu.

Perkara tersebut disentuh oleh Speaker Johor, Suhaizan Kaiat yang merupakan salah seorang peserta bengkel ‘Adaption, engagement, and evolution of Parliaments in a rapidly changing Commonwealth’ selaku wakil Malaysia.

Selain berkongsi langkah yang diambil kerajaan dalam membasmi kemiskinan tegar dab usaha meningkatan pendapatan rakyat, beliau turut berkongsi perancangan yang akan dilaksanakan pada masa depan untuk terus mengurangkan jurang kemiskinan penduduk bandar dan luar bandar.

Advertisement

“Malaysia juga telah menetapkan tiga strategi untuk kurangkan jurang pendapatab antara penduduk di bandar dan luar bandar.

“Pertama, dengan meningkatkan infrastruktur untuk menghubungkan bandar dan luar bandar melalui usaha peningkatan kualiti jalan, air dan elektrik.

“Kedua, mewujudkan rangkaian mobilisasi seperti mewujudkan perkhidmatan awam antaranya, bas, teksi, keretapi dan pelbagai lagi kemudahan.

Advertisement

“Ketiga, usaha mewujudkan aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan dan perniagaan di kawasan luar bandar sedang dan masih gigih diusahakan oleh kerajaan. Sebagai contoh, pertanian moden yang mula diperkenalkan di kawasan luar bandar,” Suhaizan berkata dalam ucapannya.

Selain wakil dari Johor, Speaker Melaka Dato Wira Omar Jaafar juga telah mengambil ruang yang sama untuk menjelaskan kejayaan Malaysia dalam mengagaskan Felda untuk membangunkan kawasan luar bandar selepas mencapai kemerdekaan pada 1957.

Persidangan enam hari tersebut turut disertai Timbalan Speaker Johor Gan Peck Cheng, Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim, Adun Skudai Tan Hong Pin dan Shubana Yusof, Jurutulis Dewan Johor.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top