BM | EN | 中文

Forestieri sebak bantu JDT julang piala

Fernando-Forestieri.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 FEB: Pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri sebak selepas membantu pasukan itu mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-0 pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, semalam.

Ketika sidang media pemain kelahiran Rasario, Argentina itu, mengalirkan air mata dan dia memberitahu bahawa sepanjang 15 tahun karier sebagai pemain profesional belum pernah mengecapi kejayaan menjulang sebarang kejuaraan.

“Sudah tentu saya gembira dan tidak dapat tahan sebak sehingga mengalirkan air mata sebab saya menjiwai bola sepak dan apabila memenangi kejuaraan buat kali pertama ia satu kepuasan dan beri lebih motivasi kepada saya untuk terus membantu JDT pada aksi seterusnya.

Advertisement

“Ini adalah aksi pertama saya bersama JDT dan permainan juga berintensiti tinggi namun saya lega dapat menghabiskan 90 minit perlawanan walaupun keletihan tetapi ia bukan penghalang untuk saya memberi persembahan terbaik pada aksi itu.

“Saya pernah beraksi di pentas Liga Juara-Juara bersama beberapa kelab di Eropah tetapi tidak pernah menjulang sebarang kejuaraan dan penampilan pertama bersama JDT dan menang piala sungguh cukup menggembirakan dan rasa mahu menangis.

“Apapun saya perlu tingkatkan lagi kualiti permainan kerana saingan Liga Super akan lebih sukar dan bakal berdepan pasukan yang lebih hebat dana saya harus bersedia bukan sahaja dari segi fizikal malah mental juga kena kuat,” katanya, lapor Arena Metro.

Advertisement

Pada aksi itu, bekas pemain Series A Itali, Udinese turut menjaringkan pada minit ke-31 selain gol yang dijaringkan Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-26 dan gol jaringan pemain gantian, Afiq Fazail bagi memastikan kemenangan 3-0 memihak skuad Harimau Selatan.

Ditanya mengenai perbezaan dia bersama bersama bekas pemain JDT, Gonzalo Cabrera, selepas peminat JDT mula membuat perbandingan, Forestieri mengakui dia pernah beraksi bersama Cabrera ketika mereka menyertai skuad remaja Boca Juniors pada musim 2003 hingga 2006.

Katanya, Cabrera ketika itu senior setahun darinya dan tidak menafikan pemain itu memilik corak permainan yang baik dan mereka sering berlatih bersama namun dia berharap peminat JDT tidak terlalu membezakan kerana dia ada cara permainan sendiri berbanding Cabrera.

Advertisement

“Saya pernah beraksi bersama Cabrera dan dia memiliki teknik permainan yang baik malah sebagai pemain senior daripada saya sudah tentu rasa hormat tetap ada. Apapun saya kini bersama JDT dan cara saya beraksi berbanding Cabrera, jadi tidak perlu untuk mana-mana pihak membuat perbandingan kerana matlamat saya ke JDT untuk bantu pasukan itu,” kata Forestieri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

scroll to top