BM | EN | 中文

Food bank Yayasan JCorp beri manfaat 10,000 penerima

yayasan-jcorp-foodbank.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Johor Corporation (JCorp) menerusi Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) melancarkan inisiatif bank makanan atau Food Bank Yayasan JCorp dengan memanfaatkan lebih 10,000 penerima di Johor yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

JCorp dalam satu kenyataan hari ini berkata, anggaran jumlah sumbangan lebih RM500,000 dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu agihan 500 kotak makanan asas seperti beras, tepung dan mi segera selama tiga bulan di beberapa penempatan komuniti kos rendah.

Selain itu sumbangan turut disediakan di terminal Food Bank Yayasan JCorp di beberapa lokasi tumpuan awam milik JCorp.

Advertisement

Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd Sani berkata kotak makanan asas tersebut akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan melalui jawatankuasa masyarakat setempat.

Antara lokasi tertumpu kepada penempatan berpopulasi tinggi seperti di Rumah Pangsa Larkin, Rumah Pangsa Taman Cempaka Tampoi, Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara, Rumah Pangsa Taman Air Biru Pasir Gudang, Kampung Laut serta Kampung Sepakat Baru, Skudai.”

“Menerusi inisiatif ini, kami turut menyediakan terminal Food Bank Yayasan JCorp yang akan beroperasi bulan ini di beberapa premis tumpuan ramai antaranya di @Mart Kempas, Pasar Awam Taman Dahlia serta di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad,” katanya.

Advertisement

Ujarnya lagi, kempen bertujuan menyokong usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan lebih banyak akses kepada bank makanan untuk rakyat Johor yang terkesan dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Food Bank Yayasan JCorp merupakan inisiatif tanggungjawab sosial JCorp dan syarikat Kumpulan iaitu Kulim (Malaysia) Berhad, KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Johor Land Berhad, Damansara Assets Sdn Bhd dan juga Waqaf An-Nur Corporation.

Dalam pada itu, Yayasan JCorp turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk menyumbang kepada inisiatif Food Bank Yayasan JCorp.

Advertisement

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank Islam : Yayasan Johor Corporation (01014010027795) atau melalui link berikut https://toyyibpay.com/inisiatif-Bank-Makanan-YJC.

“Setiap sumbangan akan mendapat pelepasan cukai 10 peratus daripada pendapatan agreget individu dan syarikat,” kata Rozaini lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top