BM | EN | 中文

FOKUS TANGANI KOS SARA HIDUP

hj-karmaine.jpg

PONTIAN, 4 NOV: Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini memberikan komitmen untuk menangani isu kos sara hidup rakyat di kawasan kampung seperti di Tanjung Piai.

Dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Penerok malam tadi beliau berkata, antara tumpuannya adalah bagi menyelesaikan kos sara hidup terutamanya golongan petani dan nelayan di Parlimen Tanjung Piai.

Selain itu Karmaine berkata, beliau akan menyuarakan kepada pihak kerajaan bagi membantu usaha menaiktaraf perkhidmatan internet dan liputan jalur lebar di kawasan Tanjung Piai.

Ia bagi memudahkan para usahawan muda yang menggunakan platform internet dan media sosial untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

“Kita selalu dengar, kalau internet kita kuat (liputan) disini, ia membolehkan anak-anak muda kita berniaga secara dalam talian, cara berniaga yang makin popular di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dala ceramah kelompok di PDM dekat Kampung Baru, Penerok, semalam.

Tambah Karmaine, cara pemasaran produk kampung yang sebelum ini dibuat secara konvensional boleh dipertingkatkan melalui kaedah pemasaran dalam talian.

“Kita boleh ceburi bidang ini. Bila nak keluarkan produk-produk baru, kita boleh keluarkannya di media sosial.

“Di tempat kita, antara benda yang kita boleh promosikan ialah makanan kita,” tambah Karmaine sambil menambah, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam bakal meningkatkan jumlah pelancong ke kawasan ini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top