BM | EN | 中文

FOKUS BANTU MANGSA BANJIR BUKAN BERPOLITIK

khairuddin-3.jpg

Khairuddin (tengah) memberi bantuan kepada mangsa banjir di Parit Pulai Lipis 1, Parit Sulong

Advertisement

BATU PAHAT, 19 DIS : Semua pihak di negeri ini dinasihatkan agar memikirkan soal bantuan kepada mangsa banjir dan bukannya bermain politik.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, bencana yang melanda di negeri ini adalah tanggungjawab semua pihak dan bukannya hanya terletak pada bahu pemimpin.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa-mangsa banjir ini mengharapkan keprihatinan semua pihak dan bukannya perkara ungkitan seperti saling menyalahkan antara satu sama lain.

Advertisement

“Waktu ini bantuan dari segenap sudut perlu disalurkan dan hentikan pelbagai perkara berbangkit serta segera menghulurkan tangan membantu.

“Pihak kerajaan telah membuat apa yang terbaik untuk membantu mangsa justeru ketepikan ideologi politik sempit yang akan menjadi rakyat sebagai mangsa.

“Seharusnya pihak-pihak yang kerjanya mencari salah ini berusaha untuk hadir turun padang bersama atau mencari dana mereka sendiri untuk niat meringankan bebanan yang dihadapi mangsa banjir,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang beberapa laman ‘Facebook’ yang dipercayai dikendalikan oleh pihak pembangkang dan menyerang kerajaan Pakatan Harapan Johor dan kepimpinannya.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa daerah yang masih teruk dilanda banjir dan memerlukan bantuan dari segi tenaga manusia, makanan dan keperluan harian.

“Pihak yang mengambil kesempatan ini boleh digambarkan sebagai mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat dan perkara ini salah sama sekali.

Advertisement

“Kita lebih memuji langkah pelbagai jabatan dan agensi yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir. Apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah suatu perkara yang tidak sopan serta hanya mempergunakan rakyat sebagai umpan mereka.

“Kita juga boleh pertikai di mana pemimpin mereka sekarang ketika musibah melanda Johor? Namun itu bukan cara kita kerana apa yang penting adalah keselamatan dan bantuan terhadap rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merayu kepada semua untuk terus membantu mangsa banjir serta mendoakan agar musibah tersebut tidak bertambah parah.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top