BM | EN | 中文

‘Flashmob’ isu kenaikan harga barangan di Johor Bahru tingkatkan kesedaran rakyat

flashmob-bantah-kenaikan-harga-barang-johor-bahru-2.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 29 NOV: Flashmob berkenaan isu kenaikan harga barangan yang diadakan di seluruh negara semalam turut membabitkan negeri Johor.

Serudin Soud

Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata flashmob tersebut adalah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat.

Katanya, tekanan akibat kenaikan harga barangan menyebabkan pihaknya mengambil sikap dengan mengadakan program flashmob tersebut.

Advertisement

“Kita mahu meningkatkan kesedaran orang berkenaan dengan kenaikan harga barang yang semakin tidak terkawal serta menekan orang ramai.

“Flashmob ini adalah sebagai protes kami terhadap kenaikan harga barang dan saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

“Sambutan di kalangan pengguna jalan raya di sini amat baik. Mereka memberikan kerjasama membuyikan hon kereta kepada kumpulan kami,” katanya.

Advertisement

Flashmob yang diadakan di persimpangan Taman Pulai Jaya di sini turut diperhatikan anggota polis.

Pihak polis dilihat mengawal keadaan dan memberikan kerjasama yang baik membenarkan flashmob itu berlangsung selama setengah jam.

Serudin dalam pada itu mengharapkan isyarat yang dibawa kumpulan mereka di seluruh negara ini dapat didengari pihak kerajaan.

Advertisement

“Harapan kita adalah suara kita didengari oleh kerajaan dan suara ini bukanlah dari kami sahaja tetapi ia adalah suara rakyat teramai.

“Sekiranya kerajaan tidak mendengari suara ini, ia menunjukkan bahawa kerajaan ini tidak mesra rakyat dan tidak langsung mendengar suara kami,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top