BM | EN | 中文

Fit Challenge 40 Day 2.0 – Peniaga berjaya turun berat 36kg

Muhammad-Nuril.jpg

Muhamad Nuril Annuar

Advertisement

BATU PAHAT, 25 DIS: Mempunyai berat badan melebihi 100 kilogram (kg) selain mengejar ganjaran yang ditawarkan, seorang peniaga dari Pontian nekad menyertai program “Fit Challenge 40 Day 2.0”.

Program yang mendapat penyertaan lebih 800 peserta selama 40 hari untuk menurunkan berat badan yang mana memilih pemenang berdasarkan peratus penurunan berat badan menggunakan fomula berikut:

> (berat badan asal) tolak (berat badan selepas) dibahagikan (berat badan asal) darab 100

Advertisement

Walaupun tidak mendapat tempat pertama di pertandingan tersebut, Muhamad Nuril Annuar Misran, 30, berkata dia berasa bangga kerana berjaya menurunkan berat badannya dari 179 kg kepada 143 kg.

“Sepanjang 40 hari itu, aktiviti yang sering saya lakukan adalah berenang selain jaga diet pemakanan dan semestinya saya akan terus berusaha demi mencapai berat badan dibawah 100kg,” katanya kepada ketika ditemui Johorkini.

Kegigihan Muhamad Nuril Annuar yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 36kg telah mendapat perhatian penganjur program tersebut hingga dipilih sebagai pemenang hadiah khas untuk pertandingan tersebut.

Advertisement

Pada majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah program itu, Muhamad Nuril menerima wang tunai dan beberapa hadiah lain, yang dihadiri oleh Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar di Dewan Orang Ramai Pekan Parit Raja.

Manakala, bagi pemenang tempat pertama bagi kategori wanita, Tengku Marissa Raja Ahmad, 53, antara perkara yang diamalkan olehnya adalah puasa bersela atau ‘intermittent fasting (IF)’.

“Puasa yang dimaksudkan itu hanyalah puasa makan tetapi masih boleh meminum air, dimana saya amalkan selama 16 dan 18 jam sebelum tingkatkan kepada 48 jam,” kata suri rumah yang berasal dari Johor Bahru itu.

Advertisement

Terdahulu, Mohd Khuzzan yang juga merupakan ADUN Semerah berkata, program seperti itu telah menjadi pemangkin semangat kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Pada masa akan datang, kita juga akan adakan pertandingan untuk pastikan mereka yang kini sedang mengambil khidmat nasihat daripada hospital akibat obesiti, supaya turunkan berat badan mereka mengikut kaedah yang ditetapkan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top