BM | EN | 中文

FIGUEROA: JDT MAMPU BERAKSI LEBIH BAIK BERBANDING MUSIM LEPAS

Figueroa.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 DIS: Pengurus Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa percaya bahawa pasukan tersebut mampu beraksi lebih baik berbanding musim lepas bagi Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan datang.

Beliau berkata, pasukan tersebut akan cuba melakukan yang terbaik dalam menentang pasukan-pasukan besar, peringkat tertinggi di Asia.

“ACL adalah satu tahap yang sukar dan kami akan cuba menganalisa kesemua pasukan-pasukan ini dan bagaimana hendak menentang mereka.

Advertisement

“Kami perlu memperbaiki semua aspek, pengalaman 2019 ini sangat baik untuk kami kerana pemain sudah tahu bagaimana bermain menentang pasukan-pasukan yang sukar di ACL,” katanya dalam satu status yang dimuatnaik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Figueroa berkata, ACL pasti akan sukar seperti biasa dan beliau berkata pasukan itu akan cuba lakukan yang terbaik.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top