BM | EN | 中文

FHM 2019 KETENGAH SAJIAN WARISAN JOHOR

IMG-20191018-WA0001.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OKT : Buat julung kali, Festival Hujung Medini (FHM) 2019 membawakan kepelbagaian sajian warisan Johor dalam acara tahun ini.

Festival yang diadakan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar selama lima hari yang berakhir semalam itu turut menyediakan beberapa slot khusus seni makanan seperti demonstrasi sajian warisan dan pertandingan sajian warisan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, pihaknya berusaha mengetengahkan keunikan makanan tradisi Johor, menerusi penganjuran program itu.

Advertisement

“Penting untuk ketengahkan keunikan sajian Johor. Selain dapat mengekalkan budaya setempat, sajian ini berpotensi untuk dikomersialkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di Majlis Penutupan Festival Hujung Medini 2019, di sini, semalam.

Mohd Khuzzan yang merupakan Adun Semerah berkata, sambutan yang diterima oleh para pengunjung pada program itu amat luar biasa.

Advertisement

“Sajian warisan yang menghimpunkan sajian istimewa setiap daerah seluruh Johor mendapat sambutan dari peserta dan juga pengunjung festival.

“Selain FHM 2019, kita sedang giat jalankan program seluruh Johor yang dapat ketengahkan keunikan tradisi sajian Johor dalam rangka usaha mempromosikannya,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top