BM | EN | 中文

FGV teruskan konsep perladangan model untuk transformasi estet, kilang

fgv-holdings-berhad.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 JUL: FGV Holdings Bhd (FGV) berkata ia akan meneruskan agenda transformasi dengan memperkenalkan projek konsep perladangan model (MPC), khususnya di estet dan kilangnya di seluruh negara.

Projek MPC adalah inisiatif sistematik baharu untuk memperkukuh, menyeragamkan dan mengekalkan kaedah terbaik dalam amalan perladangan dan pembuatan, kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan itu menetapkan standard keseluruhan prosedur baharu bagi operasi dan amalan pertanian, pemprosesan dan pembuatan, meningkatkan pematuhan kepada keselamatan pekerjaan, dasar kesihatan dan persekitaran, mengoptimumkan sumber manusia, menambah baik perumahan pekerja dan penggunaan teknologi dan ICT.

Advertisement

FGV berkata projek MPC telah menunjukkan kejayaan menerusi beberapa pensijilan yang diterima dua estet dan dua kilang termasuk pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S Perbadanan Produktiviti Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata satu daripada cabaran operasi FGV adalah kepelbagaian 197 estet dan 68 kilangnya dari segi saiz, kos operasi, kemudahan dan keupayaan tenaga kerja.

Menerusi pelaksanaan projek MPC, pemiawaian optimum mampu dicapai dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos.

Advertisement

Sebagai contoh, beliau berkata kilang sawit Maokil yang telah beroperasi selama 29 tahun telah menunjukkan peningkatan produktiviti, pemprosesan dan kadar pengekstrakan minyak sebanyak 20.74 peratus pada 2019 berbanding 19.86 peratus pada 2018.

“Melihat kepada kejayaan Maokil, kami yakin projek MPC akan menjadi pemangkin kepada transformasi pelan perniagaan syarikat.

“FGV akan melaksanakan projek MPC secara berfasa. Fasa selanjutnya ialah kilang getah Palong 8 di Negeri Sembilan, kilang penapisan Delima Oils Products di Johor, kilang minyak sawit Embara Budi dan estet Sahabat 11 di Sabah,” kata Haris Fadzilah.

Advertisement

Dilaksanakan pada 2019, projek perintis itu dijalankan di estet Tembangau 6 di Pahang dan kilang sawit di Besout, Perak, diikuti estet Maokil 7 dan kilang sawit Maokil di Johor yang akan menjadi model bagi estet dan kilang lain untuk pelaksanaan fasa yang selanjutnya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top