BM | EN | 中文

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2020 dibatalkan

20200207_124437.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 7 FEB: Penganjuran Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2020 yang dijadual berlangsung hujung bulan ini dibatalkan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Zainor Adani berkata, pembatalan itu dibuat ekoran kebimbangan berhubung penularan jangkitan coronavirus.

“Kerajaan negeri telah
menasihatkan penganjur bagi menangguhkan sebarang aktiviti atau acara yang melibatkan perhimpunan awam bersekala besar sepanjang bulan Februari 2020.

Advertisement

“Sejajar dengan keputusan tersebut, Mesyaurat Jawatankuasa Teknikal FLLSPG 2020 yang diadakan pada 6 Februari lalu telah membuat ketetapan dan bersetuju untuk membatalkan penganjuranpFLLSPG 2020,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambah beliau, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ketua Unit Korporat dan Perhubungan Awam, MPPG di talian 07-2547777.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top